Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari

Fenomena Gerhana Matahari


Gerhana matahari berlaku apabila cahaya matahari dihalangi oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi pada skala waktu tertentu dan penjajaran garisan kedudukan matahari, bulan dan bumi. Ini menyebabkan cahaya matahari secara perlahan-lahan menjadi gelap seolah-olah malam. Walaubagaimanapun, keadaan gelap itu sebenarnya merujuk kepada bayang-bayang bulan yang kelihatan di bumi. Umumnya, terdapat tiga jenis gerhana matahari iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana annulus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana annulus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.


Fenomena Gerhana Matahari Di Zaman Rasulullah SAW


Kejadian gerhana matahari ini bukanlah kejadian baru dalam dunia hari ini. Malah ia pernah berlaku sebelum zaman Rasulullah lagi. Ia merupakan satu fenomena alam yang lazim terjadi di dunia. Pada zaman jahiliyyah, bulan dan matahari dianggap suatu kuasa agung yang disembah. Oleh kerana itu, mereka melihat fenomena ini sesuatu yang memberi petanda bahawa adanya kematian seseorang yang hebat pada waktu itu. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan tanggapan bahawa gerhana matahari berlaku sewaktu kematian Ibrahim r.a, anak Nabi Muhammad sallallahu`alaihiwasallam. Namun, tanggapan ini disanggah sama sekali oleh Rasul sallallahu`alaihiwasallam. Baginda menegaskan:

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hamba-Nya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”.(Hadis riwayat Muslim)

Bersandarkan kepada hadis ini, umat Islam dituntut untuk mendirikan solat sunat kusuf (gerhana matahari) dari awal fenomena ini berlaku sehingga ia berakhir. Ia diikuti dengan khutbah solat sunat gerhana matahari sejurus selepas solat selesai dijalankan. Selain itu, sewaktu kejadian ini berlaku, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan doa, berselawat dan bersedekah. Menghayati kejadian ini sesungguhnya dapat mendekatkan kita dengan Allah dan mengimani kekuasaan-Nya yang Maha Agung.

Solat Sunat Gerhana Matahari

Hukum Solat Sunat Gerhana Matahari adalah sunat muakkad. Sekiranya berlalu gerhana tersebut maka solat ini tidak perlu digantikan. Solat ini boleh dilakukan samada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Kayfiyat solat sunat ini berdasarkan kepada sebuah hadis seperti berikut:

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, kemudian mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua). Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia. Seraya berkata “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”.

(Hadis riwayat Muslim)

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf)

Niat :

أصلي سنة كسوف الشمس ركعتين مأموما لله تعالى

(Aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah taala).

Tata cara sembahyang sunat gerhana ada tiga macam laitu:

1. Tata Cara yang Pertama

laitu yang sekurang-kurangnya bahawa disembahyang dua rakaat seperti dua rakaat sunat zohor dengan tiada ditambahkan ruku’ dan qiyam.

2. Tata Cara yang Kedua

1. Berniat di dalam hati

2. Takbiratul ihram iaitu bertakbir sebagaimana solat biasa.

3. Membaca do’a iftitah dan berta’awudz, kemudian membaca surah Al- Fatihah dan membaca surah yang pendek dengan bacaan secara perlahan.

4. Kemudian ruku’ sambil memanjangkannya.

  1. Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal) sambil mengucapkan
سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد

6. Setelah i’tidal ini tidak terus sujud, namun dilanjutkan dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah yang pendek. Berdiri yang kedua ini lebih singkat dari yang pertama.

7. Kemudian ruku’ kembali (ruku’ kedua) yang lebih pendek dari ruku’ sebelumnya.

8. Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal).

9. Kemudian sujud, lalu duduk di antara dua Sujud kemudian sujud kembali.

10. Kemudian bangkit dari sujud lalu mengerjakan raka’at kedua sebagaimana raka’at pertama hanya saja bacaan dan gerakan-gerakannya lebih singkat dari sebelumnya.

11. Salam.

12. Setelah itu imam menyampaikan khutbah kepada para jama’ah yang berisi anjuran untuk berzikir, berdo’a, beristighfar, sedekah, dan membebaskan hamba. (Lihat Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 349-356, Darul Fikr dan Shohih Fiqih Sunnah, 1/438)

3. Tata Cara yang Ketiga

1. Berniat di dalam hati

2. Takbiratul ihram iaitu bertakbir sebagaimana solat biasa.

3. Membaca do’a iftitah dan berta’awudz, kemudian membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah yang panjang (seperti surah Al-Baqarah) sambil dijaharkan (dikeraskan suaranya, pada solat sunat gerhana bulan) sebagaimana terdapat dalam hadits Aisyah:

“Nabi SAW menjaharkan bacaannya ketika solat gerhana.”

(HR. Bukhani no. 1065 dan Muslim no. 901)

4. Kemudian ruku’ sambil memanjangkannya.

5. Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal) sambil mengucapkan

سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد

6. Setelah i’tidal ini tidak terus sujud, namun dilanjutkan dengan membaca surah Al-Fatihah dan surah yang panjang (surah Ali-Imran atau kira-kira dua ratus ayat daripada surah al-Baqarah). Berdiri yang kedua ini lebih singkat dari yang pertama.

7. Kemudian ruku’ kembali (ruku’ kedua) yang panjangnya lebih pendek dari ruku’ sebelumnya.

8. Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal).

9. Kemudian sujud yang panjangnya sebagaimana ruku’, lalu duduk di antara dua sujud kemudian sujud kembali.

10. Kemudian bangkit dari sujud lalu mengerjakan raka’at kedua sebagaimana raka’at pertama hanya saja bacaan (iaitu pada qiyam yang ketiga dibaca kemudian daripada a’uzubillah dan Fatihah dan surah anNisa’ atau kira-kira 150 ayat daripada surah aI- Baqarah. Dan pada qiyam yang keempat dibaca kemudian daripada a’uzubillah dan Fatihah dan surah aI-Maidah atau kira-kira 100 ayat daripadanya. dan gerakan-gerakannya Iebih singkat dari sebelumnya.

11. Salam.

12. Setelah itu imam menyampaikan khutbah kepada para jama’ah yang berisi anjuran untuk berzikir, berdo’a, beristighfar, sedekah, dan membebaskan hamba.

(Lihat Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 349-356, Darul Fikr dan Shohih Fiqih Sunnah, 1/438)